Posts

Showing posts from February, 2020

Tanda2 pokok kurang nutrien

Image
Saya tanam tak jadi pun bang? Ramai yang mula merungut bila dia tanam pokok jadi kuning macam layu je. Kalau korang nak tahu, tanaman juga ada petunjuk awal bila dia kekurangan khasiat penting dalam meneruskan pertumbuhan yang sihat. Sebagai penanam atau yang baru nak berjinak, jadual ni sesuai untuk disimpan sebab kita dapat tahu masalah tanaman unsur apa yang terkurang. Ni contoh kekurangan nitrogen.  Jadi kalau kita ada ilmu ni, kita mungkin dapat tahu masalah yang jadi dan boleg selesaikannya. Dengan jadual ni kita dapat ketahui masalah yang terjadi pada pokok kita.  Sebenarnya baja yang baik mengandungi unsur yang cukup untuk tumbuhan membesar dengan sihat.  Terdapat beberapa unsur nutrien yang amat diperlukan oleh kebanyakan tumbuhan  1. Karbon                  8. Magnesium  2. Oksigen                 9. Sulfur  3. Hidrogen...

Mengapa guna Baja AB

Image
Bagus sangat ke guna baja AB ni? Takde baja lain ke? Macam marah je. Rilex.. Baja AB sebenarnya mencukupi keperluan nutrisi tanaman. Apa itu Baja A dan B? Baja AB adalah sejenis baja cecair yang biasa digunakan bagi petani yang menggunakan penanaman sistem fertilizer (pembajaan) dan irrigation (pengairan)(FERTIGASI). Baja A dan B juga dikatakan baja yang paling terbaik mengikut carta kedudukan baja tanaman-tanaman yang lain. Baja A dan B bukan tergolong baja organik kerana ia terdiri daripada baja kimia yang membekalkan nutrien kepada tanaman. Tapi  jangan risau. Walaupun baja dikatakan kimia, ia selamat digunakan. Baja A dan B mengandungi unsur nutrien yang berbeza². Baja Set A dan Set B tidak boleh bercampur dalam bentuk butiran @ cecair pati/pekatan yang terlalu tinggi. Jika dicampurkan baja A dan B tadi akan berlaku tindak balas kimia yang akan menyebabkan terjadinya mendakan serta akan berlaku kekurangan unsur yang diperlukan ole...

Soalan panas

Mengapa fertigasi? Ramai yang bertanya soalan ni. Teknik ni menjadi pilihan kerana ianya  lebih mudah dan praktikal. Bayangkan. 1 ekar boleh muatkan 4000 pokok cili padi dan dengan menggunakan 1 orang tenaga kerja sudah memadai. Sorang pekerja je boleh? In syaa Allah boleh, sebabnya boleh dikatakan 80% dijalan secara outomatik. Pekerja hanya perlu topup baja AB dan meracun ikut jadual. Hasil macamana? Kalau ikut SOP yang betul, kebiasaanya sepokok untuk cili padi boleh hasilkan 1.5kg. Kalau 4000 pokok, Maa syaa Allah.. Kalau saya nak mula fertigasi ni apa keperluan asas yang perlu ada ye? Saya listkan ye? 1. Sumber air bersih (air paip) 2. Sistem pengairan (dari tangki ke tanaman) 3. Baja 4. Alat pengukur  (PH, EC, TDS) 5. bekas tanaman (polybeg) 6. Media (cocopeat) 7. Biji benih Keperluan asas ni dah ada, dah boleh mula. Mula dengan kecil, belakang rumah pun dah ok P/s : yang berminat dengan fertigasi, saya amat syorkan buat sedikit da...

Best ke tanam sayur?

Image
Kau tanam sayur ni low clas la.. Sebahagian orang akan cakap macamni. Jawapannya YES dan NO. Bila jadi yes bila kita pandang positif kerana pertanian ni juga boleh menghasilkan pendapatan yang banyak kalau dibuat secara serius. Contoh kita buat cili padi 2000 pokok (setengah ekar). Sepokok biasanya boleh menghasilkan  1.5 kg. Jom kita tengok kiraan secara kasar 1.5kg x 2000 pokok = 3000 kg 2000kg x Rm15 = Rm45 000 semusim Jangan lupa tolak kos baja dan racun. Inilah maksud YES yang saya maksudkan tadi. Ni baru satu jenis tanaman.  Kalau buat 2 atau 3 tanaman? Jawapan NO pulak ialah kerjanya berat, termasuk panas lagi. Dan lagi satu, bagi saya pertanian ni boleh menghilangkan stress, happy dan ianya sangat berbaloi.

Gambaran semangat

Image
Mula kecik dengan misi besar. Saya mula balik dengan 100 pokok tapi saya sentiasa letak matlamat nak lebih Lagi. Walaupun duduk jauh dengan tempat menanam, saya teruskan juga. Saya menanam cili padi centil di Simpang Renggam, johor tapi duduk di Johor Bharu. Perjalanan agak jauh 1 jam perjalanan tapi oleh kerana minat, jalan terus. Cuti kerja saya akan ke kebun uruskan kebun, meracun, topup air baja dan sebagainya. Atas ni setup fertigasi untuk 100 pokok, penat sikit tapi seronok bila kita jaga tu berhasil. Alhamdulillah Sekarang dalam usaha nak sewa tanah lain untuk tambah kan pokok dan hasil.. P/s : bagi yang nak bermula dengan set fertigasi yang kecil, saya nak berikan set secara PERCUMA kepada yang betul komited nak buat. Klik link ni untuk dapatkannya

Abang boleh la dah ada pengalaman?

Abang pandai. Saya ni lambat pikap Itu yang diberitahu pada saya. Sedih saya mendengarnya. Orang cakap saya pandai tapi asalnya saya rasa saya yang paling 'slow' dalam dunia ni. Saya bukan je slow dalam pemikiran tapi juga dalam tindakan sejak dari bangku sekolah. Walaupun saya sangat suka niaga tapi saya buat tak pernah jadi. (Mungkin salah sendiri juga buat kerja tak habis). Terasa dunia tertawakan saya, kekadang duduk terfikir "aku ni takde kelebihan ke?  Buat benda takde yang jadi..😕 Rupanya nak berjaya suatu bidang kena buat secara berulang. Bak kata Tony Robbins "Repetation is the mother of skill". Bahasa mudahnya nak berjaya perlu istiqamah dalam semua hal. Jadi saya teruskan dalam pertanian dan peternakan yang saya minat. Walaupun 'round' pertama gagal, saya teruskan jugak dengan pengalaman yang ada.😁 P/s : siapa yang minat nak cari peluang, saya nak berikan set fertigasi secara PERCUMA kepada yang betul2 berminat. Sila klik link...

Apa beza tanam kat tanah dengan fertigasi?

Kenapa mak saya tanam belakang rumah hasilnya tak sama pun? Saya risau sebenarnya kalau melibatkan panggilan 'mak' ni tapi apa yang saya dapat hasil guna kaedah fertigasi ni, Hasilnya lebih berganda sebab ' makanan' diberi direct pada akar berbanding kaedah lama atau konvensional hanya siram di tanah sahaja. Sebenarnya banyak lagi kelebihan guna kaedah fertigasi ni. Antaranya HASIL LEBIH TINGGI ( lebih 700%) MENGURANGKAN RACUN TERHADAP TANAMAN PENGGUNAAN BAJA YANG CEKAP/EFISIEN ( CONTROLLED EC READING) KUALITI HASIL YANG LEBIH BAIK MASALAH RUMPAI SANGAT RENDAH MENINGKATKAN HASIL PER UNIT KAWASAN DENGAN KEPADATAN TINGGI MENGATASI MASALAH TANAH (VIRUS/PERUMAH/PROSAK/TIDAK SUBUR) MEDIA TUMBESARAN DAN PERSEKITARAN MENJAMIN KEBERSIHAN DAN MENGHINDAR MASALAH PENYAKIT NUTRIEN LENGKAP YANG DIBERI BOLEH DIKAWAL DARI SEGI JUMLAH DAN KEHENDAK TANAMAN MENGIKUT PERINGKAT PERTUMBUHANNYA Kalau korang peminat tegar macam saya,  sebenarnya kerajaan sendiri ada menyed...

Kalau takde tanah boleh ke menanam?

Image
Penipu la ko, macamana pokok nak hidup kalau takde tanah? Ramai yang tak puas hati bila saya cakap boleh tanan pokok walau takde tanah. Sebenarnya,  boleh je tanam pokok kalau takde tanah ni. Kalau baca entry saya yang lepas, saya ada tanaman timun yang hasilnya 500kg-800kg sehari menggunakan sistem fertigasi tanpa tanah tau. Baca di sini Kalau korang nak tahu. Ayat mudahnya fertigasi ni, siraman baja+pengairan dan semuanya automatik. Jadi korang tak perlu susah-susah nak siram pokok. Kalau sikit bolehlah nak siram tapi kalau banyak, patah pinggang jugak rasanya.. Aik, camana automatik tu? Ok dia macamni. Kita pasang timer pada sistem tersebut dan setkan pukul berapa kita nak siram dah berapa banyak kita nak siram, cukup masa automatik die on dan mati sendiri ikut set kita tadi Ni contoh video set timer Digital.  Saya ambil di youtube je Cuba bayangkan korang dah tak perlu fikir pokok. Korang hanya perlu tambah baja pada tangki utama je. Cukup masa boleh pet...

Bangkit kembali!

Image
Kau ni tak tahu serik ke? Itu yang terlontar di mulut orang. Ramai  orang pandang rendah pada saya tapi orang cakap buat apa yang kita percaya. Saya pernah jugak tanam timun skala besar ni.  Sampai 2000 polibeg, fertigasi gantung lagi hasil jangan cakap la, bayangkan setiap hari boleh dapat 500kg - 800kg tapi kalau dah belum rezeki jadi sekejap je naik tu .. Harga time tu pulak tengah jatuh sampai tak dapat cover kos jadi nak tak nak terpaksa tutup. Satu kesalahan besar yang saya buat dan menyesal ialah buat personal loan.  Bila terduduk. Rasa nak menangis diri ini je la tahu. Kena 'kejar' dengan bank lagi sampai nak kena blacklist. Waktu tu kepala serabut buat apa semua tak jadi. Atas dasar minat yang mendalam, saya mula balik tanaman cili padi fertigasi ni. Alhamdulillah dah start keluar hasil. Nanti saya sambung, macamana nak mula fertigasi 20 pokok dengan modal paling minima. Diy je..