Posts

5 SEBAB KENAPA TANAMAN ANDA TAK PERNAH SUBUR WALAUPUN ANDA GUNAKAN BAJA RIBUAN RINGGIT [RAMAI ABAIKAN NOMBOR 3]

Image
Ramai yang suka menanam tetapi tak tahu cara menyebabkan pokok kurang subur dan hasilnya berkurang. sehinggakan ada yang sampai dah give up. saya kongsikan 5 sebab mengapa terjadi perkara tersebut 1. Siraman terus ke atas daun Apabila air bertakung pada daun akan menyebabkan pertumbuhan bakteria dan kulat pada kawasan yang bertakung air.  Sebenarnya kawasan yang memerlukan air adalah akar. Sebab tu mengapa teknologi fertigasi dicipta, salah satunya memastikan baja sampai terus pada akar mengikut jadual siraman yang ditetapkan baja terus ke akar pokok baca juga pasal fertigasi di sini  https://petanitegar.blogspot.com/2020/02/soalan-panas.html 2. Tanah kurang subur Tanah memainkan peranan yang paling utama dalam kejayaan pada setiap jenis tanaman.  Sebelum mula menanam, cara terbaik ialah dengan periksa tahap asid pada tanah samada masam atau tidak. Caranya dengan Menggunakan PH meter samada analog atau...

cara menyemai biji benih supaya naik tunas 3 hari

Image
Dah berminggu semai biji benih tapi macam tu je tak naik2 Siapa macam tu kita geng. (sekarang dah tahu) Rupanya kalau tahu teknik semai ni senang je. 3 hari dah naik tunas Ok jom kita menyemai, sediakan 1. Bekas semain 2. Tanah semaian 3. Biji benih Caranya 1. Masukkan tanah ke dalam bekas semaian 2. Korek sikit dan letak benih 3. Kambus tanah semula (sekadar tutup) 4. Sembur sehingga betul2 basah 5. Tutup bekas tersebut 6. Sembur pagi dan petang Itu je. selamat menyemai P/s : Dapatkan ebook 7 kaedah yang menguntungkan tapi tak ramai yang buat. Bonus biji benih juga akan diberikan secara PERCUMA cuma perlu cover kos postage je. klik link ni untuk dapatkan ebook tersebut http://nak.la/4SP1

Tanda2 pokok kurang nutrien

Image
Saya tanam tak jadi pun bang? Ramai yang mula merungut bila dia tanam pokok jadi kuning macam layu je. Kalau korang nak tahu, tanaman juga ada petunjuk awal bila dia kekurangan khasiat penting dalam meneruskan pertumbuhan yang sihat. Sebagai penanam atau yang baru nak berjinak, jadual ni sesuai untuk disimpan sebab kita dapat tahu masalah tanaman unsur apa yang terkurang. Ni contoh kekurangan nitrogen.  Jadi kalau kita ada ilmu ni, kita mungkin dapat tahu masalah yang jadi dan boleg selesaikannya. Dengan jadual ni kita dapat ketahui masalah yang terjadi pada pokok kita.  Sebenarnya baja yang baik mengandungi unsur yang cukup untuk tumbuhan membesar dengan sihat.  Terdapat beberapa unsur nutrien yang amat diperlukan oleh kebanyakan tumbuhan  1. Karbon                  8. Magnesium  2. Oksigen                 9. Sulfur  3. Hidrogen...

Mengapa guna Baja AB

Image
Bagus sangat ke guna baja AB ni? Takde baja lain ke? Macam marah je. Rilex.. Baja AB sebenarnya mencukupi keperluan nutrisi tanaman. Apa itu Baja A dan B? Baja AB adalah sejenis baja cecair yang biasa digunakan bagi petani yang menggunakan penanaman sistem fertilizer (pembajaan) dan irrigation (pengairan)(FERTIGASI). Baja A dan B juga dikatakan baja yang paling terbaik mengikut carta kedudukan baja tanaman-tanaman yang lain. Baja A dan B bukan tergolong baja organik kerana ia terdiri daripada baja kimia yang membekalkan nutrien kepada tanaman. Tapi  jangan risau. Walaupun baja dikatakan kimia, ia selamat digunakan. Baja A dan B mengandungi unsur nutrien yang berbeza². Baja Set A dan Set B tidak boleh bercampur dalam bentuk butiran @ cecair pati/pekatan yang terlalu tinggi. Jika dicampurkan baja A dan B tadi akan berlaku tindak balas kimia yang akan menyebabkan terjadinya mendakan serta akan berlaku kekurangan unsur yang diperlukan ole...

Soalan panas

Mengapa fertigasi? Ramai yang bertanya soalan ni. Teknik ni menjadi pilihan kerana ianya  lebih mudah dan praktikal. Bayangkan. 1 ekar boleh muatkan 4000 pokok cili padi dan dengan menggunakan 1 orang tenaga kerja sudah memadai. Sorang pekerja je boleh? In syaa Allah boleh, sebabnya boleh dikatakan 80% dijalan secara outomatik. Pekerja hanya perlu topup baja AB dan meracun ikut jadual. Hasil macamana? Kalau ikut SOP yang betul, kebiasaanya sepokok untuk cili padi boleh hasilkan 1.5kg. Kalau 4000 pokok, Maa syaa Allah.. Kalau saya nak mula fertigasi ni apa keperluan asas yang perlu ada ye? Saya listkan ye? 1. Sumber air bersih (air paip) 2. Sistem pengairan (dari tangki ke tanaman) 3. Baja 4. Alat pengukur  (PH, EC, TDS) 5. bekas tanaman (polybeg) 6. Media (cocopeat) 7. Biji benih Keperluan asas ni dah ada, dah boleh mula. Mula dengan kecil, belakang rumah pun dah ok P/s : yang berminat dengan fertigasi, saya amat syorkan buat sedikit da...

Best ke tanam sayur?

Image
Kau tanam sayur ni low clas la.. Sebahagian orang akan cakap macamni. Jawapannya YES dan NO. Bila jadi yes bila kita pandang positif kerana pertanian ni juga boleh menghasilkan pendapatan yang banyak kalau dibuat secara serius. Contoh kita buat cili padi 2000 pokok (setengah ekar). Sepokok biasanya boleh menghasilkan  1.5 kg. Jom kita tengok kiraan secara kasar 1.5kg x 2000 pokok = 3000 kg 2000kg x Rm15 = Rm45 000 semusim Jangan lupa tolak kos baja dan racun. Inilah maksud YES yang saya maksudkan tadi. Ni baru satu jenis tanaman.  Kalau buat 2 atau 3 tanaman? Jawapan NO pulak ialah kerjanya berat, termasuk panas lagi. Dan lagi satu, bagi saya pertanian ni boleh menghilangkan stress, happy dan ianya sangat berbaloi.

Gambaran semangat

Image
Mula kecik dengan misi besar. Saya mula balik dengan 100 pokok tapi saya sentiasa letak matlamat nak lebih Lagi. Walaupun duduk jauh dengan tempat menanam, saya teruskan juga. Saya menanam cili padi centil di Simpang Renggam, johor tapi duduk di Johor Bharu. Perjalanan agak jauh 1 jam perjalanan tapi oleh kerana minat, jalan terus. Cuti kerja saya akan ke kebun uruskan kebun, meracun, topup air baja dan sebagainya. Atas ni setup fertigasi untuk 100 pokok, penat sikit tapi seronok bila kita jaga tu berhasil. Alhamdulillah Sekarang dalam usaha nak sewa tanah lain untuk tambah kan pokok dan hasil.. P/s : bagi yang nak bermula dengan set fertigasi yang kecil, saya nak berikan set secara PERCUMA kepada yang betul komited nak buat. Klik link ni untuk dapatkannya