5 SEBAB KENAPA TANAMAN ANDA TAK PERNAH SUBUR WALAUPUN ANDA GUNAKAN BAJA RIBUAN RINGGIT [RAMAI ABAIKAN NOMBOR 3]
Ramai yang suka menanam tetapi tak tahu cara menyebabkan pokok kurang subur dan hasilnya berkurang.
sehinggakan ada yang sampai dah give up.
saya kongsikan 5 sebab mengapa terjadi perkara tersebut
1. Siraman terus ke atas daun
Apabila air bertakung pada daun akan menyebabkan pertumbuhan bakteria dan kulat pada kawasan yang bertakung air.
Sebenarnya kawasan yang memerlukan air adalah akar. Sebab tu mengapa teknologi fertigasi dicipta, salah satunya memastikan baja sampai terus pada akar mengikut jadual siraman yang ditetapkan
baja terus ke akar pokok
baca juga pasal fertigasi di sini
2. Tanah kurang subur
Tanah memainkan peranan yang paling utama dalam kejayaan pada setiap jenis tanaman.
Sebelum mula menanam, cara terbaik ialah dengan periksa tahap asid pada tanah samada masam atau tidak. Caranya dengan Menggunakan PH meter samada analog atau digital
Jika nilai bacaan PH meter ialah antara 1-6 ianya adalah asid dan 8-14 pula adalah alkali. Setiap petani harus tahu nilai PH yang baik adalah 7 atau menghampiri 7 kerana ianya neutral dan membolehkan setiap nutrien dapat diserap oleh tanaman
3. waktu siraman tidak mengikut jadual
sebaiknya waktu siraman dimulai dengan siraman awal pagi. Sebaiknya 7.30 pagi - 10 pagi waktu siraman kerana waktu tersebut dapat memberi keperluan air yang cukup untuk tumbuhan dalam proses fotosintesis.
boleh guna jadual di bawah untuk waktu siraman
4. Terlalu bannyak menyiram
Sebenarnya terlalu kerap memberikan air pada tanaman boleh menyebabkan akar tanaman menjadi busuk dan membuat tanaman jadi mati.
Jadi anggapan kerap memberikan air pada tanaman menjadikannya lebih subur adalah tanggapan yang salah.
Cara yang tepat untuk merawat tanaman adalah dengan membuat jadual waktu yang sesuai untuk menyiram tanaman
5. Kekurangan cahaya
Tanaman memerlukan beberapa keperluan asas untuk hidup baik dan sihat. Keperluan asas tanaman terbahagi kepada 4 iaitu air, cahaya, nutrien dan udara.
Tumbuh-tumbuhan menghasilkan makanan daripada tenaga cahaya. Melalui proses terebut juga tumbuh-tumbuhan menarik karbon dioksida daripada udara dan menghasilkan oksigen untuk hidupan lain
Kebanyakan tanaman memerlukan cahaya yang cerah, sekurang-kurangnya 4 jam sehari setiap hari bagi mendapatkan pertumbuhan yang baik kerana perbezaan keamatan cahaya di antara tempat redup dengan tempat yang terbuka adalah amat ketara
Comments
Post a Comment